Tuesday, April 10, 2012

My 1st " try test tengok " PAVLOVA

alhamdulillah..berjaya gak aku membuat PAVLOVA..semangat nk membuat tu membuak2 sampaikan pepagi hari ahad tu aku bangun semata nk potong buah2 dia nk deco..ye la..kang lelambat payah lak pasai nanti hero kecik aku tu bangun..ngaco je dia....kek nye..kek ke org panggil?lantak la panggil ape..aku dah siapkan semalam lagi..means ari sabtu ptg...so,tunggu esoknya la baru aku aku deco...


x yah cite banyak..kowang mesti x sabo nk tgk hasilnyakan..walau hasilnya x seberapa..tp aku sangat la puas ati bagi beginner cam aku ni..

 tadaaa..ni la dia..ok la kan..not bad.. cume aku kena baja g tang cream tu..x bape kental la.. ;)
 deco..main belasah jek..janji sume buah tu masuk mulut gak..x sket pun tinggal..
 
 tgk bahagian tengah tu..sangat la soft cam mashmallow..sedapp oo... tp agak manis la..leh potong kaki walau resepi aku dah kurangkan sket gula..tp balance lak bile kowang makan ngan buah tu yg masam2 sket..


nak RESEPI??? leh... resepi dia aku gogel gak pun sebenarnya..sumber..ya..ampun..ai terlupa lak la mane amik..harap maaf tuan punye resepi yek..siap penerangan yg detail lagi...mekasih bebanyak la..sangat membantu...

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( ai guna 3/4 cawan je )
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream ( ai guna 200ml je sekotak kecik)
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing. (ai guna 1 sudu jek)
1/2 sudu teh esen vanilla ( yang ni x buh pasai leh lak abis stok..huhuhu..)

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).ai guna aluminium foil jek..

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

4 comments:

Cho Zila said...

walaweh... pavlovatu.. terernyer.. akak tau makanjer... sedap tapi muak kat tekak akakler...

CkYnHaShiM said...

sedap kak..oo..ye ker?maybe cream dia tu kot kak..

Syima ~Mama Kyra~ said...

tq ckyn coz share resepi. klu bahan2 dah cukup dan bila mood rajin dah mai, sure I buat pavlova :)

CkYnHaShiM said...

sesame..ala bahan dia telo jek..buah tu je la nk cari 2 3 jenis..hehehe..samat wat ye nanti..

mai click en.nuff