Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, May 23, 2016

dah besaq anak dara mama

happy birthday kakak....happy birthday kakak..happy birthday to kakak..happy birthday to you....

kek terobek jek mase kakak sambut besday kat tadika..umoq 4 thn time ni...

anak dara sulung mama dah besaq... arini umuq kakak dah 9 tahun..jap je..masih lagi mama boleh rase kesakitan nak lahirkan kakak..dalam 3 badik, nak lahir kan kakak yg paling sakit..tp tiap2 kelahiran tu semua berbeza,x sama. apa2 pun alhamdulillah semua selamat.

harapan mama, moga kakak menjadi anak solehah,berjaya didunia dan akhirat.aamiin...insyaallah..

luv u kakak..


ni kapkek yg mama buatkan utk kawan2 kakak skola,cup dia dah x de..ni jek yg ade kt umah..hokaido punye..bedal jek la..besar sket...ni tuk dijadikan goodies.

dah besaq,hantar goodies je la kat skola yek kakak..nanti cukup bulan insyaallah mama likan kakak kek n kita makan besaq..skali ngn anibesri mama n papa...besaq mama la tu kan..hahahahha...

 ni la permata hati mama..kakak ni manja, tp garang....maklum 4 tahun umo baru dapat adik...tu yg terlebeh manja tu...ni gamba mase kakak wakil sekolah ke pertandingan bercerita.dapat no4 jek..x pe..pestime try kan...
 

Thursday, September 5, 2013

Ya..saya sudah BERNIKAH 31 OGOS lalu... BRONT




Salam semua..

dah plak...semalam rasenye aku baru bace si bront ni cakap x kawin g..inai x de pun kat jari..tarikh tu sy sedang dalam radio promosi filem baru sy..ni plak..tup tup..ngaku suda..adeiii...

pepeje la kan..tahniah la gitu..mamat bront ni aku minat toi dia belakon...real je tgk sume watak yg di bwak tu..

" FILEM terbaru lakonannya 'Psiko Pencuri Hati' mula ditayangkan di pawagam hari ini dan aktor terkenal Bront Palarae sudah pasti mahu meraikannya dengan kegembiraan berganda selepas menikahi kekasih lamanya pada Sabtu lalu.

“Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja,” kata Bront ketika dihubungi Yahoo Malaysia.

Aktor tersebut yang pernah memenangi trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (untuk wataknya dalam filem 'Belukar') selamat menikahi pasangannya dengan satu lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Majlis pernikahannya pula diraikan penuh sederhana oleh kaum keluarga dan isteri serta sanak saudara dari kedua belah pihak.

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” kata aktor tinggi lampai itu lagi.
Bront yang sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan gosip panas hanya selesa berbicara dengan ringkas mengenai pernikahannya demi menjaga perasaan keluarga kedua belah pihak.


Menurut aktor berdarah kacukan Melayu-Siam yang berusia 37 tahun itu, dia mula mengenali isterinya sejak tahun 1999 ketika kedua-duanya baru memulakan kerjaya masing-masing.

Mereka menjalinkan hubungan cinta empat tahun kemudian tetapi terputus di tengah jalan.

“Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu,” tambah Bront yang turut bercadang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halamannya di selatan Thailand pada hujung tahun ini.

“Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut tentang laporan berita yang mendakwa Bront menafikan pernikahannya, dia berkata, “Saya tidak menafikan bulat-bulat tetapi saya juga tidak mengiyakan berita tersebut. Privasi adalah amat penting dalam hidup saya dan sebolehnya saya tidak mahu kehidupan peribadi saya dijadikan umpama sebuah program realiti TV.”

Bront bagaimana pun sempat berseloroh bahawa kehidupan peribadinya yang kini menjadi buah mulut peminat tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan “kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 di Malaysia.”

Namun begitu, apabila diasak dengan soalan berkaitan suri hatinya itu, Bront hanya mahu berkongsi yang isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur.

Sejak cinta mereka mula bertaut kembali beberapa tahun lalu, perancangan untuk berumahtangga tambah Bront, telah lama menjadi tajuk perbualan mereka.

“Cuma pada masa itu saya asyik sibuk dengan penggambaran filem dan isteri saya pula terlalu komited dengan kerjayanya menyebabkan rancangan kami sering tertangguh,” ujarnya.

“Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran,” katanya dengan maksud yang sangat mendalam.

Buat masa ini, Bront sibuk mempromosikan filem bergenre suspen 'Psiko Pencuri Hati' arahan pengarah terkenal, Namron yang turut membariskan pelakon terkenal, Sharifah Amani dan Sein.

“Saya teruja dengan jalan cerita yang diketengahkan dalam filem ini. Ia cukup unik dan saya percaya pengisiannya mampu menarik peminat filem tanahair ke panggung untuk menonton filem ini,” kata aktor itu lagi.

Bront melakonkan watak Sidi, seorang penulis novel yang gigih menjalankan penyiasatan ke atas seorang pembunuh upahan sehingga akhirnya bertemu dengan Wani (Amani) di sebuah pulau.

“Bukan seperti watak ganas yang saya bawa dalam 'Bunohan' tetapi di dalam filem ini watak saya lebih vulnerable,” kata Bront sambil menambah yang ada ketikanya terselit kisah lucu yang mencuit hatinya ketika di lokasi penggambaran.

Ditanya samada dia kekok melakonkan adegan intim dengan rakan baiknya Amani, ujar Bront, adakalanya dia berasa kekok tetapi situasi itu dapat diatasi dengan mudah kerana Amani seorang yang cukup profesional dan banyak memberi sokongan."

kredit yahoo

SELAMAT PENGANTIN BARU BRONT PALARAE

Thursday, December 8, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU "FARA & LAN"

ha ni nk cite pasai kawin2 lak..sape lak yg kawin ni yerk..adik ipo aku..kawin kat kg somi ku kat ulu piol,manong,kuala kangso,perak...tu dia..punye panjang...hehehe...penantin ni adik en.somi yg ke-2..kawin ngan org penang cik oi..biase la kalu dah kenduri kendara ni..penat x hengat la kan..pergghh... tugas aku cam biase la..wat hantaran la dan bende2 lain yg agak simple n x perlu kan pergerakan..hahahaha..pasai pe lak x perlukan pergerakan..malas sungguh pompuan ni kan...ade aku kisah..!!! hahahaha.. iyela..ai kan ade anak tecit yunk..so,sambil ai duk jaga dia ,tido kan dia lam buai..sambil wat keje la..x kan lepak kosng je kan..hagak2 la babe...

ahh..!!!banyak bebel lak kan..kownag layan je la picas ni yek... ;)


 nikah kat sini..dekat benor ngan umah... tarikh 261111 same ngan tarikh besday adik laki aku yg ke....??

 event tuk malam berinai.. main rebana dowang cakap...punye lame..payah anak aku nk tido..bising..huhuhu..

 daging akikah anak2 aku... dah besau kakak ngan adik baru ade rezeki nk wat akikah dowang... alhamdulillah ade gak rezeki..

 adik naufal bersama bunga

 bekas tuk buh cincin penantin laki..bekas tu ai ubah suai semula..kire guna pakai lik yg lame..cume tambah sket kasi nampak lain..

 amik gambo ngan adik ipo kat lam masjid

 si bujang tecik ni meragam lak..majlis akad x abis g..so,ronda2 kat lua masjid sambil amik gambo n makan buah rambutan segar petik kat lua..hehehe..

 aku suke baju nikah ni..santik..kelasss okess..

 selamat suda..alhamdulillah..





 antara org kuat gak ni bebudak ni..sangat rajin..

 sebahagian hantaran dari pihak pompuan n laki..

 yg ni pompuan punye..ai yg buat ye tuk semua hantaran ni..guna barang yg ade je..x de barang la..jadi la ni kan..okes gak wat... ;)




 en.papa , menjadi tokey sekerim pada hari perkahwinan aritu.. sekerim ni tuk bebudak jek yek..



 kakak jadi flower girl ngan paksu baby..

 ohh... lupe lak nk cakap..ade 2 penantin time tu..sepupu asben duk kedah tumpang skali sanding..



 penantin laki nyanyikan lagu wat si isteri..

 kami... ape?baju kami same..ye la..my MIL sponser la..hehehe..tq mak..








sekian.....

Friday, November 18, 2011

CERITA PASAI SYELLA KAMARUDIN LAGI

HARI NI AKU TERPANGGIL UNTUK SHARE NGAN KOWANG SUME...PASAI MINAH NI..YG NGAH HANGAT KEBABOM RINI..


MESTI KOWANG TERTANYA2 SAPE LA LAKI MINAH NI KAN.. SANE SINI GAMBO RETIS NI SOWANG JE SANDING..YE LA UOLL... DIA X NK TAYANG LAKI LA..BUKAN NYA DIA SANDING SOWANG.. 3 HARI 3 MALAM DIA WAT MAJLIS..MALAM PERTAMA MAJLIS KAT BANGLO MEWAH DIA YG RM5 JUTA TU.. PASTU DIA WAT KAT CHERAS,PASTU SANDING  NGAN ADIK DIA SKALI KAT PPR UMAH LAME DIA.. MAYBE 2 MALAM TU JE LA DIA SANDING SOWANG KAN..
 SANDING KAT TEMPAT ORG RAMAI TU MMG LA DIA X TAYANG LAKI DIA..SANDING MASE MALAM PERTAMA TU JE DIA ADE TAYANG LAKI DIA.. MAJLIS YG NI TUK KENGKAWAN JEK.. MANE AI TAU PASAI INI SEMUA..PASAI MEMBE AI ADE PERGI MAJLIS SYELLA NI.. REPLIKA BANGLO YG HANTARAN TU SEBIJIK SAME CAM BANGLO SEBENAR DIA..BERTUAH BADAN UOLL…PAT ORG KAYA… SAMPAI SANGGUP BELI KAN TITLE DATO LAGI TUK BAPAK SI SYELLA NI.. 

GAMBO SUAMI DIA MMG TIDAK DIBERNARKAN AMIK..DIA DAH KASI TAU AWAL2.. ..PASAI APE..X TAU LAK..ALA..KOWANG PAHAM SDRI LA YEK.. MEMBE ai CKP G..MAJLIS YG KAT BANGLO TU..DIA WAT TEMA FAIRY TALES..CAM CINDERELLA..SIAP NGAN KERETA KUDA YG LABU TU..PAKAIAN PUN SAME..KELAS OO..MMG SANGAT BERUNTUNG INI SYELLA..DAH PUAS SUSAH KAN.. 


APE2PUN..MOGA SYELLA NI BERBAHAGIA BERSAMA SUAMI DIA DAN KEKAL HINGGA UJUNG NYAWA…AMINN…

Monday, November 14, 2011

SYELLA KAMARUDDIN KAHWIN VVIP RM15JUTA


Perrggggh..jadi mamarazzi lak aku arinikan..terpanggil lak nk share story HOT ni.Bukan pe..dak kat opis ni duk sibuk cite pasai minah ni..dia ade g weeding Syella ni..tu yg aku rase menarik nk share same kowang..hahahaha...

Satu ketika dahulu, nama Syella Kamaruddin agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya. .

kowang google r sdri kalu nk tgk gambo dia yg super seksi yek...

Oh..ye..Syella ni lu penah polular ngan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’. Difahamkan, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas bersamaan ngan 11/11/11.. ramai org yg nk tarikh keramat ni kan... Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.
Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Dasattt sehh... x de sponser2 okes.. semua sendiri..terbaekk la..


Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. 

Ape apapun Selamat Pengantin Baru buat penyanyi ini, semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Amin!


LAGI CERITA PASAI SYELLA


Yang ni lak replika rumah sebagai simbolik hantaran yang diterima oleh Syella.5 JUTA rege ini banglo..


kredit to ohbulan

mai click en.nuff