Showing posts with label rEsIpI. Show all posts
Showing posts with label rEsIpI. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

jelly buah stoberi cinta hatiku....feeling master chef... :-)

ni nk cite...ari tu..mood baking mari...tp bile tgk bahsn x cukup lak...aduyaii...potong toi la kan....yg ade jelly same buah ni...so ape g...mule la pojek menjelly....sonang bangat seh nk wat...bile aku post kat fb...mendapat sambutan lak....hehehe...

nk tgk gambonye....meh sini meh...resepi dia senang gilos....

camni...

resepi:

sepeket jelly serbuk clear x da perasa nk ade perasa pun leh..lagi senang.. (ai gn cap swallow)
1 tin buah koktel lam tin... ( ai gn buah tropika siapade nata de coco)
perasa kegemaran (ai buh paste stoberi sikit)
air 1 liter
gula 1 cawan

caranya:
masak jelly bersama air hingga mendidih atau ikut arahan pada peket jelly anda.
sementara tunggu mendidih...sediakan acuan anda.potong kiub buah lam tin mengikut kesesuaian acuan anda.
bile dah mendidih,bahagian 2 bahagian jika anda inginkan 2 perasa ( 1 plain + 1 stoberi)

padamkan api...tuang jelly kedalam acuan yg dh sedia letak buah.sejukkan dalam peti ais selama sejam or selama mane nak la selagi kowang x nk makan kan.... selamat mencuba...



ni lah rupenya.....ade 3 jenis acuan.... 
 ni gambo yg membuat ramai tergoda...ai tepek kat fb...ramai ke?hahaha...



Wednesday, April 18, 2012

yeehaa...akhirnya makcik berjaya membuat KEK KARAMEL


alhamdulillah..percubaan pertama yg menjadi dengan baik sekali.. ;) setelah lame terperap cream of tartar kat umah tu..ye la..dah lame oo aku li itu barang..terperuk je kat lam gobok pasai nk wat mixer x de..hahahaha..jadi..pendamkan je la lu hasrat ku itu..tp akhirnya tanggal 15hb lepas..aku telah selamat buat ini kek sempena besday my LOVELY MUM yg ke-54..berjaya dan menjadi serta sedaplakan.. resepi ai gogel2 dan terjumpe ngan resepi dibawah.. so,sape nk cube mai kopipes yek.. timekasih bebanyak kat tuan punye resepi.. ;) 

Resepi :
Puan Munira Baharum
Sumber:
Azlita @ Masam Manis

Bahan:-

A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air panas (ai buh air baise jek)
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)


Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Tuesday, April 10, 2012

My 1st " try test tengok " PAVLOVA

alhamdulillah..berjaya gak aku membuat PAVLOVA..semangat nk membuat tu membuak2 sampaikan pepagi hari ahad tu aku bangun semata nk potong buah2 dia nk deco..ye la..kang lelambat payah lak pasai nanti hero kecik aku tu bangun..ngaco je dia....kek nye..kek ke org panggil?lantak la panggil ape..aku dah siapkan semalam lagi..means ari sabtu ptg...so,tunggu esoknya la baru aku aku deco...


x yah cite banyak..kowang mesti x sabo nk tgk hasilnyakan..walau hasilnya x seberapa..tp aku sangat la puas ati bagi beginner cam aku ni..

 tadaaa..ni la dia..ok la kan..not bad.. cume aku kena baja g tang cream tu..x bape kental la.. ;)
 deco..main belasah jek..janji sume buah tu masuk mulut gak..x sket pun tinggal..
 
 tgk bahagian tengah tu..sangat la soft cam mashmallow..sedapp oo... tp agak manis la..leh potong kaki walau resepi aku dah kurangkan sket gula..tp balance lak bile kowang makan ngan buah tu yg masam2 sket..


nak RESEPI??? leh... resepi dia aku gogel gak pun sebenarnya..sumber..ya..ampun..ai terlupa lak la mane amik..harap maaf tuan punye resepi yek..siap penerangan yg detail lagi...mekasih bebanyak la..sangat membantu...

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( ai guna 3/4 cawan je )
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream ( ai guna 200ml je sekotak kecik)
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing. (ai guna 1 sudu jek)
1/2 sudu teh esen vanilla ( yang ni x buh pasai leh lak abis stok..huhuhu..)

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).ai guna aluminium foil jek..

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

Wednesday, March 7, 2012

EGGLESS CHOCOLATE MOIST CAKE

 ATAS PERMINTAAN RAMAI..ADE KE ORG YG MINTAK...HAHAHA...AI TEPEK RESEPI KEK COKELAT TANPA TELUR KAT SINI..SUNGGUH MUDAH N MURAH..HEHEE..PASAI BAHAN2 DIA.X REMEH...JOM CUBE JOM...

ni gambo mase pestime ai wat... kek nipis jek..tanpa topping..

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung gandum *
  • 3 sudu besar serbuk koko *
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 1 susu kecil baking soda *
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cwn minyak sayur / minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 cwn air sejuk/ fresh milk
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Ayak bahan2 yg bertanda *.
  2. Gaul sebati semua bahan kering yek... Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul lagi...
  3. Dah tu..baru masukkan semua kandungan cecair (minyak, cuka, esen vanilla dan air)
  4. Kacau adunan hingga semuanya sebati..kasi rate semuanye..guna senduk jek..
  5. Masukkan dlm loyang yg telah siap di gris ( boleh juga dibakar dlm acuan kek cawan )
  6. Bakar dlm oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit ataupun dikukus hingga masak yek..
  7. Bila dah masak boleh dihias mengikut citarasa masing2, nk buh choclate rice ke..chocolate cip ke..almond ke..suke ati la..
TAPI SAYA BUH SIMPLE TOPPING JEK...CHOCOLATE GANACHE..

Bahan-bahan :
1. serbuk koko 3 sudu besar
2. susu pekat 3 or 4 sudu besar
3. butter 2 sudu besar
4. fresh milk 2 sudu tp ai guna susu cair jek..
masak ikut kaedah double boiling yerk... pas kek td dah sejuk..leh la tuang jek chocolate ganache ni..siap..simpan lam peti ais baru dap....

ni pas entah bape kali try..buh chocolate ganache n almond nips...


SELAMAT MENCUBA...

Monday, June 7, 2010

TAUHU " POP " SUMBAT GORENG...CARA MAMA AYIN..

SALAM PUAN2,MAKCIK2,ADIK2,PAKCIK2 SEMUA...OK ARINI WAT PETAMA KALINYA AI NK AJAR MASAK...WAAHH..GITU..!!!PANDAI SGT KE MASAK..???X DE LA..AI SAJE JE NK SHARE2 ILMU YG ADE NI..WAT LEBIH NAK BWK UMAH MIL..SO,AMIK LA GAMBO TUK TATAPAN KOWANG KAN..

OK,NK MASAK APE NI..SEPERTI TAJUK DI ATAS..AI NAK MASAK UNTUK KALI KE-2NYA...EKELEK..BARU 2 KALI WAT NAK POYO NK SHARE2 KAT SINI..ALA...LANTAK LA..ADE AKU KISAH..MUAHAHAHAHA...

OKES..CARA2 CAM NI YERK.. : -

KOWANG PERLU ADE :



1) TAUHU POP..ALA TAUHU YG SLALU ORG WAT MEE KARI TU..KOWANG X TAU...MEH TGK GAMBO NI...






2) UDANG IKUT SUKE KOWANG R MANYAK NER..
3) SAYUR2 SEPERTI CAM AKU WAT NI CARROT..KALU NK BUH KACANG PANJANG OR BUNCIS OUN OKES GAK..
4) TAUHU..TAUHU YG 4 SEGI TU..ORG JUAI KAT KEDAI RENDAM LAM AIR TU..HA..TU LA..
5)KIUB AYAM OR BILIS..

CARA WAT DIA PLAK YE...


1) KESEMUA BAHAN DI ATAS DI CAMPUR KAN SKALI N KOWANG LECEK LA KASI SEBATI..KIRE CAM HANCUR KAN LA KASI SEBATI KAN..UDANG TU KOWANG TUMBUK LU PAS SiaNG SUMER..GAUL RATA..





2) OKES,PAS SIAP INTI TU,AMIK LA TAUHU POP TD TU..KOWANG KASI GUNTING "X"..SEPERTI DI GAMBO..SUPAYA WAT LUBANG NAK SUMBAT INTI TU NANTI..




3) DAH TU,KOWANG TERBALIKKAN..MAKSUD AKU..YG KULIT LUA NI MASUK KE DALAM..AWAS..BERHATI2 YE..NANTI TERKOYAK PLAK BELAHAN TU NANTI...DAN AKAN JADI CAM NI LA,CAM MUNGE GITU..HA..ISI2 TAUHU YG ADE SKET TU,KOWANG CAMPURKAN R SKALI LAM INTI TU..X YAH BUANG LAK..


4) DAH SIAP TU,PE G...AMIK LA INTI YG KOWANG WAT TD TU..KASI SUMBAT LA INTI DIA..MANYAK KE SKET KE,SUKE ATI KOWANG R..DAH SIAP SUMER KOWANG SUMBAT..GORENG LA NGAN MINYAK YG AGAK PENUH...KOWANG X YAH TAKUT..INTI DIA X AKAN TERKELUAR..KALU KOWANG TAKUT GAK,CAMPUR NGAN KUNIN TELO YE..

5) HASILNYA AKAN JADI CAM NI LA..SANGAT SEDAP BILE MAKAN PANAS2 NI..KOWANG LEH CICAH SAME THAI CILI SOUCE KE,X PUN MAKAN CAM TU PUN LAZATTT....!!!!NANTI KOWANG MAKAN CAM JUICY JE,SOFT JE INTI DIA TU..





SELAMAT MENCUBA YE..KALU SEDAP KASI TAU AI,KALU X SEDAP..SDRI TANGGUNG R..MUAHHAAH..AI WAT SEDAP JE..LALALALALALA...MUAHAHAHAHA...RESEPI NI SANGAT SESUAI TUK MUSIM CUTI SKOL NI..PASAI LEH DI BUAT MAKANAN TUK PENGANTIN..CUCUK2 CAM BUNGE..ALA2 UDANG PANJAT NENAS TU..KOWANG TRY LA YEK..MINUM PETANG PUN SEDAP..KENA PLAK NGAN TEH KAN..PERRGGHHH..!!!!


mai click en.nuff