Thursday, September 5, 2013

Ya..saya sudah BERNIKAH 31 OGOS lalu... BRONT




Salam semua..

dah plak...semalam rasenye aku baru bace si bront ni cakap x kawin g..inai x de pun kat jari..tarikh tu sy sedang dalam radio promosi filem baru sy..ni plak..tup tup..ngaku suda..adeiii...

pepeje la kan..tahniah la gitu..mamat bront ni aku minat toi dia belakon...real je tgk sume watak yg di bwak tu..

" FILEM terbaru lakonannya 'Psiko Pencuri Hati' mula ditayangkan di pawagam hari ini dan aktor terkenal Bront Palarae sudah pasti mahu meraikannya dengan kegembiraan berganda selepas menikahi kekasih lamanya pada Sabtu lalu.

“Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja,” kata Bront ketika dihubungi Yahoo Malaysia.

Aktor tersebut yang pernah memenangi trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (untuk wataknya dalam filem 'Belukar') selamat menikahi pasangannya dengan satu lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Majlis pernikahannya pula diraikan penuh sederhana oleh kaum keluarga dan isteri serta sanak saudara dari kedua belah pihak.

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” kata aktor tinggi lampai itu lagi.
Bront yang sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan gosip panas hanya selesa berbicara dengan ringkas mengenai pernikahannya demi menjaga perasaan keluarga kedua belah pihak.


Menurut aktor berdarah kacukan Melayu-Siam yang berusia 37 tahun itu, dia mula mengenali isterinya sejak tahun 1999 ketika kedua-duanya baru memulakan kerjaya masing-masing.

Mereka menjalinkan hubungan cinta empat tahun kemudian tetapi terputus di tengah jalan.

“Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu,” tambah Bront yang turut bercadang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halamannya di selatan Thailand pada hujung tahun ini.

“Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut tentang laporan berita yang mendakwa Bront menafikan pernikahannya, dia berkata, “Saya tidak menafikan bulat-bulat tetapi saya juga tidak mengiyakan berita tersebut. Privasi adalah amat penting dalam hidup saya dan sebolehnya saya tidak mahu kehidupan peribadi saya dijadikan umpama sebuah program realiti TV.”

Bront bagaimana pun sempat berseloroh bahawa kehidupan peribadinya yang kini menjadi buah mulut peminat tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan “kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 di Malaysia.”

Namun begitu, apabila diasak dengan soalan berkaitan suri hatinya itu, Bront hanya mahu berkongsi yang isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur.

Sejak cinta mereka mula bertaut kembali beberapa tahun lalu, perancangan untuk berumahtangga tambah Bront, telah lama menjadi tajuk perbualan mereka.

“Cuma pada masa itu saya asyik sibuk dengan penggambaran filem dan isteri saya pula terlalu komited dengan kerjayanya menyebabkan rancangan kami sering tertangguh,” ujarnya.

“Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran,” katanya dengan maksud yang sangat mendalam.

Buat masa ini, Bront sibuk mempromosikan filem bergenre suspen 'Psiko Pencuri Hati' arahan pengarah terkenal, Namron yang turut membariskan pelakon terkenal, Sharifah Amani dan Sein.

“Saya teruja dengan jalan cerita yang diketengahkan dalam filem ini. Ia cukup unik dan saya percaya pengisiannya mampu menarik peminat filem tanahair ke panggung untuk menonton filem ini,” kata aktor itu lagi.

Bront melakonkan watak Sidi, seorang penulis novel yang gigih menjalankan penyiasatan ke atas seorang pembunuh upahan sehingga akhirnya bertemu dengan Wani (Amani) di sebuah pulau.

“Bukan seperti watak ganas yang saya bawa dalam 'Bunohan' tetapi di dalam filem ini watak saya lebih vulnerable,” kata Bront sambil menambah yang ada ketikanya terselit kisah lucu yang mencuit hatinya ketika di lokasi penggambaran.

Ditanya samada dia kekok melakonkan adegan intim dengan rakan baiknya Amani, ujar Bront, adakalanya dia berasa kekok tetapi situasi itu dapat diatasi dengan mudah kerana Amani seorang yang cukup profesional dan banyak memberi sokongan."

kredit yahoo

SELAMAT PENGANTIN BARU BRONT PALARAE

2 comments:

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

hazlina azmi said...

kahwin jugak dia akhirnya....blogwalking,nice blog...
jom tukar2 link and follow blog saya..;)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

mai click en.nuff