Tuesday, April 5, 2011

FENOMENA USOP WELCHA

DAH LAME X UPDET BLOG..TP ARINI AKU TERPANGGIL TUK UPDATE DEK KERANA USOP WELCHA @ SHY8 YG DAH  MENCETUS  FENOMENA BARU RAKYAT MALAYSIA SEJAK TAYANGAN FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...


ANTARA yang menjadi perhatian dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah watak Usop iaitu bekas penari kebudayaan yang masih terbawa-bawa kelembutannya tetapi kakinya lumpuh selepas digilis dengan mesin pembajak padi sehingga dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Dalam filem yang sudah mencatatkan kutipan RM4.2 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya, gelagat Usop memang menarik perhatian penonton. Tidak padan dengan kakinya yang lumpuh itu, mulutnya pula ‘jahat’ selain pada masa ‘syok’ pula dengan Hussin lakonan Awie. Melucukan ketika dikejar hantu, kaki yang lumpuh jadi elok dan boleh pula mengangkat kerusi roda. Ada yang tertanya-tanya siapa Usop atau Yusop? Sebenarnya, watak itu sudah diperkenalkan oleh Mamat Khalid menerusi filem Zombi Kampung Pisang. Populariti atau watak lembut Yusop itu lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8.
“Sebenarnya nama Shy8 itu wujud sejak tahun 1996 lagi, namun hilang dari arus seni tanah air secara perlahan sejak tahun 2000. Kini nama Usop telah mengatasi nama Shy8 atau Syed Mohamad Asri semuanya gara-gara Zombi Kampung Pisang dan kini Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kredit tertinggi perlu di berikan kepada penulis skrip dan pengarah kedua-dua filem itu sendiri iaitu Mamat Khalid.
“Mungkin Shy8 dulu kurang diberikan ruang dan peluang untuk berkarya tidak seperti Usop yang lebih bernasib baik kerana memperoleh platform yang kukuh melalui filem terbitan Tayangan Unggul. Selain Zombi Kampung Pisang yang mendapat sambutan dahulu, ia juga turut di tayang berkali-kali di saluran Astro. Ini sudah pasti mendekatkan watak Usop kepada masyarakat. Jadi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini, watak Usop dikembangkan untuk mengisi ruang yang di kosongkan oleh Mat Karen (AC Mizal) dan Deris (Que Haidar) dalam Zombi Kampung Pisang dulu,” katanya.
Mengenai pembabitannya dalam seni, Shy8 berkata, kerjayanya dalam bidang seni bermula sebagai penyanyi apabila menerbitkan album sendiri berjudul Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996 dengan menggunakan nama Syed sahaja.
“Dalam album itu, semua lagu dan seni kata dicipta dan dituliskan oleh saya sendiri. Disebabkan beberapa perkara yang tak perlu dijelaskan, saya kecewa dengan industri ini, dan beransur-ansur cuba keluar dari kepompong seni. Selepas itu, Shy8 kembali menjadi manusia biasa bernama Syed Mohamad Asri dan bekerja di sebuah syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas. Jadi sejak itu, pembabitan saya dalam bidang seni agak terbatas kerana tugas dengan syarikat ini,” katanya.
Shy8 menjelaskan dalam filem Zombi Kampung Pisang, watak Usop dianggap dalam proses suaikenal kerana ketika itu di kelilingi oleh nama besar seperti Awie, AC Mizal, Que Haidar dan Ezlynn.
“Watak Usop adalah satu eksperimen saya. Tapi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, watak Usop sudah di kenali. Apabila Mamat memberi tanggungjawab yang lebih kepada Usop, saya gunakan peluang ini untuk menjadi yang lebih. Alhamdulillah semua usaha saya berbaloi. Di atas berkat kesabaran selain dorongan dan bimbingan Mamat bersama sokongan rakan pelakon turut banyak membantu menjadikan Usop makin di kenali,” katanya.
Sudah lama kenal Mamat
MENGENAI sambutan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dianggap sangat menggalakkan, Shy8 berkata, dia sudah mula merasai filem ini ada kelainan tersendiri dan boleh meletup sejak dalam proses pembikinan lagi.
“Namun kami tidak berani bertaruh kerana hanya penonton yang sebenarnya membuat keputusan sama ada untuk menonton atau tidak. Sekarang dengan sambutan yang hangat seperti ini, malah ramai yang menonton lebih dari sekali, sudah pasti saya dan semua yang terbabit dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah puas hati dan gembira yang teramat sangat,” katanya mengulas sambutan filem lakonannya itu.
Shy8 juga menjelaskan hubungannya dengan Mamat juga bukanlah baru dan dia menganggap pengarah itu memang seorang yang cekap melahirkan karya bersifat sinikal.
“Saya mengenali Mamat hanya melalui karya genius seperti Rombongan Cik Kiah, Arbaie Bujang Kembali dan banyak lagi. Begitu juga Mamat yang mengenali saya sebagai artis Ambang Klasik masa itu yang di kenali sebagai Shy8, tetapi kami tidak pernah bertemu sehingga di akhir 90-an apabila saya bertemu Mamat secara bersemuka.
“Pada tahun 2003 hubungan kami semakin akrab dan 2006 kami sudah seperti ahli keluarga. Mamat seorang pemerhati yang hebat. Dia nampak apa yang kita tidak nampak. Setiap apa yang berlaku, baik penting atau tidak, tidak pernah terlepas dari rakaman kotak memori Mamat dan dia akan kupas satu-satu mengikut cara komedi kerana itu yang masyarakat kita mahu, tanpa berfikir panjang.
“Apa yang Mamat hasilkan adalah apa yang masyarakat kita sering lakukan jadi sebab itu gaya komedi Mamat sememangnya dekat dengan penonton kita,” jelas Shy8 dalam memperkatakan karya Mamat Khalid ini.
Kehadiran Shy8 atau Usop Wilcha pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ABPBH2010 bersama Johan (Abi Hurairah) bagi mengumumkan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2010 telah menggamatkan suasana seluruh dewan Arena of Stars Genting Highlands. Gelagat Usop Wilcha dan Abi Hurairah sangat mencuit hati penonton apatah lagi dengan trademark Usop yang melambai tangan hinggakan hampir keseluruhan artis meniru gaya beliau semasa di pentas. Apa-apa pun gimik penutup ABPBH2010 semalam adalah yang terbaik dan sangat menghiburkan biarpun ramai yang kurang senang dengan telatah Kak Engku yang agak kecoh pada waktu tersebut. Jom tengok video dibawah ni sewaktu pengumuman juara ABPBH2010 semalam.



SUMBER : WOW BERITA.COM

No comments:

mai click en.nuff