Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Ya..saya sudah BERNIKAH 31 OGOS lalu... BRONT




Salam semua..

dah plak...semalam rasenye aku baru bace si bront ni cakap x kawin g..inai x de pun kat jari..tarikh tu sy sedang dalam radio promosi filem baru sy..ni plak..tup tup..ngaku suda..adeiii...

pepeje la kan..tahniah la gitu..mamat bront ni aku minat toi dia belakon...real je tgk sume watak yg di bwak tu..

" FILEM terbaru lakonannya 'Psiko Pencuri Hati' mula ditayangkan di pawagam hari ini dan aktor terkenal Bront Palarae sudah pasti mahu meraikannya dengan kegembiraan berganda selepas menikahi kekasih lamanya pada Sabtu lalu.

“Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja,” kata Bront ketika dihubungi Yahoo Malaysia.

Aktor tersebut yang pernah memenangi trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (untuk wataknya dalam filem 'Belukar') selamat menikahi pasangannya dengan satu lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Majlis pernikahannya pula diraikan penuh sederhana oleh kaum keluarga dan isteri serta sanak saudara dari kedua belah pihak.

“Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami,” kata aktor tinggi lampai itu lagi.
Bront yang sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan gosip panas hanya selesa berbicara dengan ringkas mengenai pernikahannya demi menjaga perasaan keluarga kedua belah pihak.


Menurut aktor berdarah kacukan Melayu-Siam yang berusia 37 tahun itu, dia mula mengenali isterinya sejak tahun 1999 ketika kedua-duanya baru memulakan kerjaya masing-masing.

Mereka menjalinkan hubungan cinta empat tahun kemudian tetapi terputus di tengah jalan.

“Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu,” tambah Bront yang turut bercadang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halamannya di selatan Thailand pada hujung tahun ini.

“Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut tentang laporan berita yang mendakwa Bront menafikan pernikahannya, dia berkata, “Saya tidak menafikan bulat-bulat tetapi saya juga tidak mengiyakan berita tersebut. Privasi adalah amat penting dalam hidup saya dan sebolehnya saya tidak mahu kehidupan peribadi saya dijadikan umpama sebuah program realiti TV.”

Bront bagaimana pun sempat berseloroh bahawa kehidupan peribadinya yang kini menjadi buah mulut peminat tidaklah sehebat mana dibandingkan dengan “kenaikan harga minyak RON95 dan RON97 di Malaysia.”

Namun begitu, apabila diasak dengan soalan berkaitan suri hatinya itu, Bront hanya mahu berkongsi yang isterinya merupakan seorang penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur.

Sejak cinta mereka mula bertaut kembali beberapa tahun lalu, perancangan untuk berumahtangga tambah Bront, telah lama menjadi tajuk perbualan mereka.

“Cuma pada masa itu saya asyik sibuk dengan penggambaran filem dan isteri saya pula terlalu komited dengan kerjayanya menyebabkan rancangan kami sering tertangguh,” ujarnya.

“Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran,” katanya dengan maksud yang sangat mendalam.

Buat masa ini, Bront sibuk mempromosikan filem bergenre suspen 'Psiko Pencuri Hati' arahan pengarah terkenal, Namron yang turut membariskan pelakon terkenal, Sharifah Amani dan Sein.

“Saya teruja dengan jalan cerita yang diketengahkan dalam filem ini. Ia cukup unik dan saya percaya pengisiannya mampu menarik peminat filem tanahair ke panggung untuk menonton filem ini,” kata aktor itu lagi.

Bront melakonkan watak Sidi, seorang penulis novel yang gigih menjalankan penyiasatan ke atas seorang pembunuh upahan sehingga akhirnya bertemu dengan Wani (Amani) di sebuah pulau.

“Bukan seperti watak ganas yang saya bawa dalam 'Bunohan' tetapi di dalam filem ini watak saya lebih vulnerable,” kata Bront sambil menambah yang ada ketikanya terselit kisah lucu yang mencuit hatinya ketika di lokasi penggambaran.

Ditanya samada dia kekok melakonkan adegan intim dengan rakan baiknya Amani, ujar Bront, adakalanya dia berasa kekok tetapi situasi itu dapat diatasi dengan mudah kerana Amani seorang yang cukup profesional dan banyak memberi sokongan."

kredit yahoo

SELAMAT PENGANTIN BARU BRONT PALARAE

Thursday, October 4, 2012

"Zali" MASIHKAH ADA RAMADHAN benar-benar meninggal dunia

 Masihkah ada Ramadhan....mmg benar sperti tajuknya.. Ramadhan terakhir bagi pemuda yang melakonkan watak sebagai 'zali' Muhammad Amirul Mazlan, 19 thn, Taman Kektus, Kg Baru kerteh, Kemaman, Terengganu. pergi buat selama2lamanya.. Muhammad Amirul merupakan pelakon drama 4 episod Masihkah Ada Ramadan di Astro Prima, dan memegang watak sebagai Zali, anak keempat dalam sebuah keluarga nelayan di Terengganu..Drama dalam loghat Terengganu ini berakhir dengan watak Zali, seorang yang baik, dan taat kepada ibu bapa,  akhirnya meninggal dunia, drama ini disiarkan pada bulan puasa lalu..al-fatihah buat keluarga mangsa..moga arwah di tempatkan di golongan orang2 yg soleh dan beriman..aminnn....




"MASIHKAH ADA RAMADHAN mengisahkan tentang pengorbanan seorang anak bongsu yang tinggal bersama-sama kedua-dua orang tuanya, adik bongsu kepada abang-abang dan kakaknya
Zali, satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapanya kerana adik-beradik yang lain tinggal jauh di bandar kerana komitmen kerjaya masing-masing
ibunya sentiasa sedih apabila tibanya Ramadan dek mengenangkan anak-anak yang jauh di perantauan jarang-jarang pulang menjenguk ..Zali ke Kuala Lumpur menjejaki adik beradiknya untuk menasihati agar dapat pulang ke kampung berhari raya.....
dalam usaha mengubati hati ibu tercinta, rupa-rupanya Zali dalam diam mempunyai kanser di tahap empat yang merupakan tahap terakhir dan akhirnya meninggal dunia"


Mangsa telah terlibat dalam kemalangan jalanraya apabile motor yg ditunggai telah hialng kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

KM 5.7, Lebuhraya Persekutuan
arah pusat bandaraya
Kuala Lumpur
30 Sept 2012
9 pagi
 
untuk rekod, kira-kira 2 jam selepas kemalangan maut pertama di Lebuhraya Persekutuan pagi ini, satu lagi menemui ajal, juga berusia 19 tahun.
 
untuk paparan gamba di tempat kejadian boleh tgk SINI
 
 

Tuesday, July 24, 2012

Hello Bro...Tolong Masak!!!

Sape tgk rancangan ni...angkat kaki...khikhikhi... ;) aku suke gak tgk..tiap hari lan ramadhan kol 6pm..ulangan dia tiap malam kol 9pm yek..

rancangan yg menarik untuk kita tgk pasai chef2 yg masak tu adalah antara chef2 yg ensem babe...terutama skali chef nik michael ..ala dak master chef malaysia (MCM)season 1 lu same itu zamir dak MCM gak..n 1 g..chef yg meningkat naik skunk ni..chef fikree najib...chef ni merupakan adik kepada hairi anak wayang..ala kowang x kenai ke..kalu aku sebut farouk cite ameera mesti kowang kenai kan..hehehe...muke pun beh kuang je..same cakap pun slange kedah dia..

dari kiri : chef nik,chef fikree n chef zamir


 " Jika anda menonton Helo Bro… Tolong Masak! yang  bermula Jumaat lalu pasti mengenali dua jejaka yang mengendalikan rancangan masakan ini iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka berdua turut ditemani dengan seorang lagi jejaka untuk menjayakan rancangan yang baru mula bersiaran sejak hari pertama Ramadan bermula.  
Jejaka yang dikenali sebagai Chef Fikree atau nama penuhnya, Mohd Fikree Najib Bin Aznan merupakan bekas pelajar di UiTM Pulau Pinang. Minat untuk memasak mula timbul sejak berada di tingkatan empat tidak disia-siakan apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang Seni Memasak.  
Mula dikesan bakatnya apabila menjadi juri bagi pemilihan peserta MasterChef Malaysia Musim Kedua di Sarawak. Sejak dari itu, pihak Astro mula berminat untuk mengandingkan Chef Fikree bersama Zamir and Nik Michael untuk menjayakan Helo Bro… Tolong Masak!
 Ditanya mengenai kerjasamanya dengan Nik Michael dan Zamir dalam rancangan tersebut, Chef Fikree berkata dia sangat teruja untuk berganding bahu menyediakan hidangan lazat untuk selebriti-selebriti jemputan dalam Helo Bro… Tolong Masak!
“Saya sangat teruja dan gembira apabila diberi peluang untuk mengendalikan rancangan ini bersama mereka. Ianya sudah pasti sesuatu yang baru buat saya kerana dapat berkongsi resepi selain bertukar pendapat tentang masakan.
“Zamir dan Nik Michael mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang masakan. Apa yang saya nampak, Zamir sangat mahir dalam menyediakan juadah pencuci mulut sementara Nik Michael hebat menyediakan masakan Itali,” ujar Chef Fikree kepada Astro Gempak.
Adik kandung kepada Hairi Anak Wayang ini juga sempat menceritakan pengalaman manis ketika sesi penggambaran Helo Bro… Tolong Masak! apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk dua juri hebat dari MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Chef Jo dan Chef Zubir.
“Saya rasa sangat gembira apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk Chef Jo dan Chef Zubir. Alhamdulillah hidangan yang disediakan oleh kami bertiga mendapat pujian daripada mereka,” katanya lagi dengan nada teruja.
Secara ringkasan, Helo Bro… Tolong Masak! merupakan sebuah rancangan memasak yang dihoskan oleh Chef Fikree dengan dua bekas pelajar MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka diminta untuk menyediakan juadah berbuka, moreh atau sahur untuk selebriti yang berada di lokasi pesanan mereka.
Sebagai tanda terima kasih, selebriti-selebriti ini akan memberi sumbangan duit raya kepada mereka bertiga untuk didermakan kepada badan kebajikan dalam episod istimewa yang akan disiarkan nanti.
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan Helo Bro… Tolong Masak! sepanjang bulan Ramadan ini di Astro Prima (105) jam 6.00 petang untuk sama-sama melihat kepakaran mereka bertiga menyediakan juadah yang enak buat selebriti-selebriti jemputan. "

petikan dari astrogempak

Wednesday, December 21, 2011

ADUUHH..!!!!!ENSEMNYE USTAZ NI..

Assalammualaikum semua...

hehehe..tajuk...agak gatai bunyinye di situkan...hihihi.. ahh..peduli ape...sesungguhnye..USTAZ DON atau name penuhnye DON DANIYAL DON BIYAJID sgt la ensem..hampir luruh jantungku apabila melihatnya..wakakakaka... ustaz Don ni merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor. mude g ni..baru berusia (27 tahun)..pangkat adik la kat aku ni kan.. lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.Alhamdulillah....beruntung dan sejuk perut mak ustaz ni ngandungkan dia..ustaz ni org penang ni..pelat utara dia jelas skali bile bertutur...

mule aku duk dgr cite je dak2 opis ni..asik cite pasai ustaz don punye program kat tv al-hijrah tu..30 minit bersama ustaz don..menarik dowang ckp..so,mlm td leh lak mase aku cek info kat tb..tgk chanel pe ade cite menarik..ternampak la next past cite ape entah akan ade rancangan ni..so,ai set time la u oll...hehehe..sampai gitu skali kan.. harus la..nk tgk ape yg menarik,tertarik kebabom tu... then bile ai tgk...ya allah..ensem sehh..tangidung tu x leh tahan..pastu siap dia suh org duk focus kat muke dia lak tu bile dia nk menyebut terang2 bacaan tu..aduyaiii...

siyes...kalu kowang x caye..kowang tgk la sdri..x pun gogel jek yek... hehehe..mmg sempoi la ustaz ni...

"Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari
Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.
Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.
Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai
Dalam program berkenaan, Ustaz Don berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’.
Ustaz Don juga tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat ‘hidup’, bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip.
Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena dalam dunia penyebaran dakwah di negara ini."



amik kat mynewshub

Tuesday, December 6, 2011

LAGI PERKAHWINAN 12JUTA ARTIS MALAYSIA

TERLEBIH DAHULU...ASSALAMMUALAIKUM SEMUA....

MESTI KOWANG SUMER TERTANYA2 KAN..SAPE LAK RETIS KALI NI YG NK KAHWIN JUTA2 G KAN..ADUYAIII...SIK KAHWIN JUTA2 JEK KAN..X ABIS.. KALI NI GILIRAN EZLYNN HAI-HAI BYE BYE TU....




ezlynn ni selamat diijabkabul pada 20 November lalu,so date dia santik la 20112011.pengantin baru ni Azline Binti Ariffin atau Ezlynn, 30,  dan Adam Fahmy Shamsudin, 35, bakal diraikan dalam sebuah resepsi mewah pada 11 Januari 2012. Majlis bertemakan Musim Luruh Sepanyol dengan konsep Mediteranean itu ditaja oleh Rafflesia Pearl Centre dengan nilai yang hampir sama dengan majlis resepsi Norman Hakim – Memey Suhaiza sebelum ini iaitu RM12 juta.

“Mungkin ramai yang tidak percaya apabila kita umumkan majlis resepsi Memey – Norman Hakim tempoh hari bernilai RM12 juta. Ingin saya jelaskan di sini jumlah itu memang benar kerana ia melibatkan penggunaan mutiara bergred tinggi. Sama seperti resepsi Ezylnn dan Adam ini nanti. Rafflesia akan menggunakan Mutiara Putih Laut Selatan dan Mutiara Hitam Tahiti untuk kedua-dua gaun pengantin.

Anggaran harga untuk sepasang gaun ialah RM400,000 hingga RM 500,000 setiap satu. Manakala untuk barangan kemas yang akan digayakan bernilai di antara RM3.8 juta hingga RM 4 juta.  Nilai barangan kemas ini sangat tinggi kerana setiap butir mutiara bernilai kira-kira RM80,000.

Gaun Pengantin Rafflesia Ezylnn akan direka oleh Sya Sharini bersama dua lagi individu lain iaitu Sharifah Mariam Syed Mohd untuk tail dan Liza Azulkarnain untuk Veil. Sementara pelakon sensasi,  Neelofa diberi tanggungjawab untuk mereka kasut yang akan dipadankan dengan gaun. Persalinan untuk pengantin lelaki pula mendapat penajaan daripada Lord’s Tailor.

Bercerita tentang gaun kedua yang akan digayakan Ezlynn nanti, Bill Bora memberitahu, pihak Rafflesia sedang berusaha untuk mendapatkan gaun perkahwinan daripada pereka fesyen Eropah.

“Kalau boleh kita mahu gaun pengantin yang dihasilkan oleh pereka Eropah kerana lebih sesuai dengan tema perkahwinan ini. Kita telah fikirkan beberapa nama, tetapi tengoklah macamana nanti. Bagaimanapun, gaun kedua ini juga akan digayakan dengan barangan kemas mutiara yang berharga kira-kira RM4 juta,” ujar Bill Bora lagi.

PERGGHH..MMG REZEKI EZLYNN R KAN..KELASSS...PAT SPONSER BESAR LAGI...ANYWAY..SAMAT PENANTIN BARU EZLYNN N ADAM..

kredit : gua.com.

Monday, November 14, 2011

SYELLA KAMARUDDIN KAHWIN VVIP RM15JUTA


Perrggggh..jadi mamarazzi lak aku arinikan..terpanggil lak nk share story HOT ni.Bukan pe..dak kat opis ni duk sibuk cite pasai minah ni..dia ade g weeding Syella ni..tu yg aku rase menarik nk share same kowang..hahahaha...

Satu ketika dahulu, nama Syella Kamaruddin agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya. .

kowang google r sdri kalu nk tgk gambo dia yg super seksi yek...

Oh..ye..Syella ni lu penah polular ngan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’. Difahamkan, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas bersamaan ngan 11/11/11.. ramai org yg nk tarikh keramat ni kan... Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.
Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Dasattt sehh... x de sponser2 okes.. semua sendiri..terbaekk la..


Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. 

Ape apapun Selamat Pengantin Baru buat penyanyi ini, semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Amin!


LAGI CERITA PASAI SYELLA


Yang ni lak replika rumah sebagai simbolik hantaran yang diterima oleh Syella.5 JUTA rege ini banglo..


kredit to ohbulan

mai click en.nuff