Thursday, August 12, 2010

Ovarian Cyst

Aku nak share sket info pasal sakit yg aku alami aritu sampai kena masuk wad operation..name operation yg telah aku jalankan tu bernama LAPAROSKOPI..kowang bace la ye info kat bwh ni and gambo dia..takut seh..

Pemeriksaan Laparoskopi:


INI LA YG TERJADI KAT AKU...TP 1 BATANG YG CAM PUM TU ADE KAT BAWAH BESI YG ADE GUNTING TU..KIRE ATAS ARI2 LA...NGERI X?HIHIHI..

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anaak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5 comments:

NoRwAnI nOrWi said...

ngeri plak aku melihatnya....huhuhu..takutnya esok..

Aredhel Helya said...

Doakan keselamatan anak dan ibu...semoga semuanya selamat...amin....

ieda said...

huhuhuhu memang ngeri .. teringat zaman akak kena operate dulu2 .. huhuhu sakit x tahan dan kesan nyer sampai skrg huhuhu

Ciklinn said...

adoiii ngerinyerrr ckyn oii..

Syima ~Mama Kyra~ said...

ngerinya aku...teringat lak time bsalin kyra dulu..

mai click en.nuff